Sabtu, 26 Mei 2012

cerita lapuk orang sakit...

Blog picisan yang lama tak dibuka..hahah kesian tengok. Bila kesihatan tuan rumah tak berapa nak baik.

Certanya bermula begini.

Saya macam sedikit putus asa bila menghantar anak ke Taska kebelakangan ni. Bukan apa, baru-baru ni anak saya diserang Hand, Foot, Mouth disease (HFMD). Saya EL 3 hari. Suami EL 2 hari. Lepas anak saya baik dan dihantar semula ke taska,  pambantu taska bagi tahu ada beberapa orang budak diserang Chickenpox. terkejut dibuatnya kerana saya kena bersedia untuk EL lagi.....tapi saya tiada pilihan :-(
berserah jer lah.

Muhammad Aqil pulak masih tidak mahu makan di Taska. dah 4 bulan duduk taska, dia tak pernah makan nasi di taska. so saya kenalah bekalkan makanan untuk dia setiap hari.dekat tempat kerja setiap kali makan ingat kat anak-anak d taska..sebabtu dekat ofis makan ala kadar...dan sebab tu juga badan ni makin kerempeng....hehehe
Setiap kali ambil Annisa, saya rasa sedih..mesti air mata nak menitik bila tengok anak kita duduk termenung tengok budak lain main/ atau tengah baring isap susu atas lantai simen tanpa ada bantal ;-( (walaupun bantal sendiri dah dibekalkan)..sekali lagi saya tiada pilihan.

Urusan pembantu rumah sekarang ni susah sangat sejak isu maid indon demand satu harga satu kerja.

Selepas Annisa sihat, saya pula diserang demam..demam berlarutan sehingga 2 minggu (on off). Batuk pun tak pulih-pulih. Jumpa doc buat chest xray, detect Pneumonia pulak ;-(. Walaupun hanya Pneumonia (bukan cancer) tapi sedikit sebanyak buat saya down juga. Urusan rumah tangga agak terganggu sejak saya demam lagi. bila detect pneumonia lagi lah buat saya tertekan. Diberi antibiotik Zitromax (high dose) kemudia di arah supaya hantar sample sputum dikuatiri TB juga. Alhamdulillah result for TB negative. So sekarang on treatment for Pneumonia jer lah.Next week repeat chest xray lagi. hopefully dah clear lah infection tu.InsyaAllah.

So, bila diberi sakit, sedikit sebanyak memberi kesan pada diri saya dan keluarga. Sebelum ni mengaji tanpa tafsir. kebelakangan ni saya suka mengaji dengan tafsir sekali..dan secara kebetulan saya terjumpa ayat dalam suah Al Baqarah : 216 ''dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya' 

dan status update dalam FB Irma Hasmie: "Kalau kita diuji rasa berat dan susah, letakkan cerita ujian para nabi di sebelah cerita ujian kita. Baru tenang diri kita sebab ada yang lebih besar ujian dan susahnya berbanding kita."

So tiada lagi duka, saya terima ujian ini dengan hati terbuka, mungkin juga Allah sedang menguji keimanan saya, mungkin juga ini balasan saya di dunia diatas dosa-dosa saya..

Hikmahnya, bila ditimpa sakit begini, Allah tunjukkan saya bahawa suami saya adalah suami yang baik, suami yang bertanggungjawab dan suami yang sangat ringan tulang....bila dah sihat begini pun suami masih lagi melakukan kerja-kerja 'wanita' kononya seperti lipat kain, buang sampah, buat susu anak, suap makan anak, mengemas rumah.heheheh terima kasih abang. Cintaku bertambah kuat. Sesungguhnya syurga ku di tapak kakimu. tak nak merungut lagi lepas ni..ihiks...

La Tahzan menjadi sahabat baru.

P/S: Terima kasih buat sahabat bernama Aisyah kerana menghadiahkan saya tiket ke usrah wanita Solehah (walaupun saya tidak dapat hadir kerana menjaga anak sebab suami sekolah...maaf ya.) & buku belajar Tajwid sempena hari lahir saya baru-baru ni. Semoga Allah merahmati kam juga. Amin.










Isnin, 30 April 2012

Kek Lobak Merah (Carrot cake)

Kek ini dibawa ke tempat kerja untuk Aisyah..(bagi makan free;p) so dekorasi ala kadar jugaks!

Ini pula untuk hidangan di rumah..so cheese kasi lebihh..ihiks..
Bahan-bahan
  1. 1 1/4 cup minyak jagung  
  2. 3 biji telur 
  3. 120 gm gula castor   
  4. 100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)  
  5. 250 gm tepung high protein  
  6. 1 tsp baking soda  
  7. 1/4 tsp garam  
  8. 1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)  
  9. 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
  10. 1 cup  raisin
  11. 1 tbs susu pekat (kasi moist )
Cream Cheese Frosting

120gm gula icing
250gm cream cheese
120gm unsalted butter

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
  2. kemudian, masukkah bahan2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
  3. akhir sekali, masukkan carrot, raisins.walnut etc.. gaul sebati.
  4. masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
  5. bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.  



 

Sabtu, 21 April 2012

Kek Chocolate lagi!

2nd cake for Aqil's beday last month...
Resepinya sama jer dengan resepi kek chocolate sebelum ni, cuma kali ini menggunakan Chocolatae Ganache instead of cream cheese....


Bahan A (ayak)

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st baking powder
1st soda bicarbonate


4 biji telur
2 cwn gula halus -  guna 1 3/4 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak/minyak jagung
1½ cwn air panas mendidih

Cara-cara

1. Pukul gula dan telur hingga kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat
3. Masukkan minyak -low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan dengan spatula)
6. Bakar 40-45’ - bergantung kepada oven masing2. Saya bakar 1 jam pada suhu 170 c
** Adunan kek ni agak cair. Sebabtu bakar lama.



 
My first trial mengunakan chocolate ganache..so astethic value memang out!

Pre decoration...kek agak terlebih masak..(chocolate moist ni bagusnya dikukus! hehe)

Kaedah double boil untuk buat Chocolate Ganache...

Resepi:
Cooking Chocolate
fresh milk/ whipping cream (saya guna fresh milk)
sedikit butter

ok lah kan:p